Saturday, October 24, 2009

SEBENAR-BENAR CINTA...

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan. Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak.

Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mAlign Centerendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang tersayang.

AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalh sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia. Namun, kadang kala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya,gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya.Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan,kedamain dan kebahagiaan.

Namun,tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah,ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yag begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.So, lebih baik kita cinta kepada ALLH dan RasulNYA.

1 comment:

  1. Em..saye masih ingat lagi ayat2 tu...
    Sye tak ade rase marah pun..

    ReplyDelete