Friday, October 23, 2009

Mutiara

Mutiara ialah sejenis permata yang berhaga. Berbeza daripada permata yang lain,mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi. Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai lapisan nipis yang dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara.
Mutiara berlikat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang tiram. Ada tiram yang menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti hitam,oren,merah jambu,krim atau putih. Mutiara jenis ini mahal harganya. Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara yang tinggi nilaainya. Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop,akan kelihatan lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua.
Selain warna,bentuk mutiara juga penting dalam menentukan kualiti mutiara.Mutiara yang bilat dan sama saiznya cantik dibuat kalung. Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar dijadikan barang kemas.
Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu.mutiara diternak dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram terpilih gengan cara yang saintifik. Tiran-tiram itu kemudianya dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima tahun. Selapas itu,mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan mengkut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan tertentu.

1 comment:

  1. best lah artikel mutiara nih..nati saya ajar syira lagi k???

    ReplyDelete