Saturday, October 24, 2009

Bintang Menghiasi Langit

Kita dapat melihat bintang bertaburan di langit pada waktu malam. Tahukah anda, apakah sebenarnya bintang?
Sejak dahulu manusia menggunakan bintang di langit untuk menentukan kalendar, menentukan arah dan meramalkan masa depan manusia. Dalam masyarakat Melayu pula, bintang dikaitkan gengan kehidupan mereka. Perumpamaan "bagai bulan dipagar bintang"bermaksud kecantikan seseorang bertambah apabila diapit oleh orang yang cantik. Dalam bahasa melayu bintang juga bermaksud tokoh yang terkenal dalam sesuatu bidang seperti bintang filem dan bintang bola sepak.
Kebanyakan bintang kelihatan seperti titik cahaya yang berwarna perak dan bergemelapan. Sebernanya, bintang ialah bebola gas. Bebola ini berkilau, sangat panas, bergelora dan berputar, Gas bintang ini terikat oleh tarikan graviti.
Bintang menadapat tenaganya daripada pembakaran gas yang terdapat pada bintang tersebut. Kandungan gas di dalam sesuatu bintang sangat penting untuk mempengaruhi graviti, suhu, tekanan, ketumpatan dan saiz bintang.
Kebanyakan bintang, sebahagian besarnya terdiri daripada gas hidrogen gas helium dan sedikit unsur lain. Gas ini sangat mampa dan sangat panas di pusat bintang. Keadaan ini menyebabkan berlakunya satu tindak balas yang dipanggil tindak balas nuklear. Tindak balas ini menghasilkan tenaga yang bergerak ke permukaan bintang lalu menghasilkan cahaya dan haba.
Warna bintang yang menggambarkan suhu permukaannya. Bintang berwarna biru merupakan bintang yang sangat panas. Suhunya dianggarkan sehingga 20 000'c. Bintang yang berwarna merah pula merupakan bintang yang kurang panas. Suhunya dianggarkan 3 000'c. Semakin panas sesuatu bintang, semakin terang pula bintang tersebut.

No comments:

Post a Comment