Wednesday, December 23, 2009

CUTI2 MALAYSIA

Pada hari SELASA(15.12.09) aku bertolak ke Putrajaya..kami tido di sane 1 malam je...keesokan hari kami bertolak ke melaka plak..kami tido di melaka 2 malam 3 hari...dkt bawah nie semua gambar2 di melaka...best gle g sane..lame x g sane...agak2 syira la 5 tahun dah x pegi....ada yg kmi g umah kwn2 ayah...ada satu 2 aduhai punyalah jauh hampir dgn n.9...letih gle balik2 2...sesampainya d tmpt penginapan semuanya terus tido ag pn dah solat dkt umah kwn ayah...semua tido dgn nyenyaknye..termasuklah aku..hahahaha...bila tibanya mse kita orang utk pulang rase sedih plak nk tinggal coz best sangat duk situ...ase mcm nk duk situ...banyk tmpt2 menarik d melake...boleh di katakan mmg best lah...walau mcm mne pun pulau pinang tetap d hati...tetap best...negeriku tercinta..mane leh tinggal tempat kelahiran ku....


















Saturday, November 14, 2009

LAWATAN G PENANG....

Kami sampai di sini dalam pukol 9 macam tu lah coz x tengok jam..
Nie mase dekat TAMAN NEGARA PULAU PINANG...kami g jungle tracking...best jugak..lame x keluarkan peluh..hehehehe..



Nie syira ngan kawan syira uwat untuk laporan mase balik nanti...
Nie dkat taman rama-rama...banyak betul rama-rama..cantik-cantik pulak tu...



Nie mase dkat tempat perikanan..
Align Center





Akhirnya kami bertolak pulang dalam pukol 5 lbh..kami tiba d sekolah dalam pukol 5.30..syira rase best sangat g sane...boleh mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan..lepas dapat result nanti masing-masing akan bertukar sekolah..insyaallah kalau umor panjang ag kita akan berjumpa lagi..

Monday, October 26, 2009

BANGSA

Untuk jadi bangsa yang perkasa
Kita harus banyak berusaha

Untuk jadi bangsa yang maju
Kita harus ada arah tuju

Untuk jadi bangsa yang disegani
Kita harus bersikap berani

Untuk menjadi bangsa yang mulia
Kita harus bijak berbicara

Untuk jadi bangsa yang berjaya
Kita harus rajin membaca

Untuk jadi bangsa yang bermaruah
Kita harus jauhi musuh

Karya
PENA MUTIARA.

Nie sajak yang syira kena diklamasikan tapi bernasib baik bukan syira yang kena pergi bace tapi ahli kumpulan syira yang lain yang kena coz kami buat undi..nasibla sape yang kena...tapi syabas kepada rakan syira kerana dia berani..syira bukan tak berani tapi malu je...hehehehe..

Saturday, October 24, 2009

MY SCHOOL

















Inilah gambar-gambar di sekolah syira...syira sekolah disini dari form 1 sehinggalah sekarang...Sekolahku syurgaku..banyak kenangan di sekolah ini...Di SMK Penanti ada asrama dan syira pernah tinggal di asrama dari form1-2..tapi sekarang syira berulang dari rumah ke sekolah...rindu jugak dekat asrama tambah pula penghuni bilik siti hajar..syira sayang semua warga sekolah SMK Penanti...syira doakn SMK Penanti sentiasa maju..GOOD LUCK kepada abang-abang n kakak-kakak yang akan menduduki peperiksaan SPM n SPTM...selamat maju jaya..

SEBENAR-BENAR CINTA...

CINTA kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan. Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak.

Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mAlign Centerendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang tersayang.

AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalh sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia. Namun, kadang kala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya,gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya.Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan,kedamain dan kebahagiaan.

Namun,tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah,ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yag begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.So, lebih baik kita cinta kepada ALLH dan RasulNYA.

Bintang Menghiasi Langit

Kita dapat melihat bintang bertaburan di langit pada waktu malam. Tahukah anda, apakah sebenarnya bintang?
Sejak dahulu manusia menggunakan bintang di langit untuk menentukan kalendar, menentukan arah dan meramalkan masa depan manusia. Dalam masyarakat Melayu pula, bintang dikaitkan gengan kehidupan mereka. Perumpamaan "bagai bulan dipagar bintang"bermaksud kecantikan seseorang bertambah apabila diapit oleh orang yang cantik. Dalam bahasa melayu bintang juga bermaksud tokoh yang terkenal dalam sesuatu bidang seperti bintang filem dan bintang bola sepak.
Kebanyakan bintang kelihatan seperti titik cahaya yang berwarna perak dan bergemelapan. Sebernanya, bintang ialah bebola gas. Bebola ini berkilau, sangat panas, bergelora dan berputar, Gas bintang ini terikat oleh tarikan graviti.
Bintang menadapat tenaganya daripada pembakaran gas yang terdapat pada bintang tersebut. Kandungan gas di dalam sesuatu bintang sangat penting untuk mempengaruhi graviti, suhu, tekanan, ketumpatan dan saiz bintang.
Kebanyakan bintang, sebahagian besarnya terdiri daripada gas hidrogen gas helium dan sedikit unsur lain. Gas ini sangat mampa dan sangat panas di pusat bintang. Keadaan ini menyebabkan berlakunya satu tindak balas yang dipanggil tindak balas nuklear. Tindak balas ini menghasilkan tenaga yang bergerak ke permukaan bintang lalu menghasilkan cahaya dan haba.
Warna bintang yang menggambarkan suhu permukaannya. Bintang berwarna biru merupakan bintang yang sangat panas. Suhunya dianggarkan sehingga 20 000'c. Bintang yang berwarna merah pula merupakan bintang yang kurang panas. Suhunya dianggarkan 3 000'c. Semakin panas sesuatu bintang, semakin terang pula bintang tersebut.

Friday, October 23, 2009

Seruan Untuk Belia

Wahai pemuda harapan bangsa,
Juga pemudi tiang negara,
Masa muda jangan dipersia,
Berbaktilah tuan kepada nusa.

Nasib bangsa kita perjuangkan,
Maruah bangsa kita pertahankan,
Keharmonian hidup jadi amalan,
Negara Malaysia kita majukan.

Usia muda hanya sekali,
Gejala sosial mari hindari,
Agar jiwa tidak dicemari,
Hadapi cabaran bakal menanti.

Insaflah wahai saudara saudari,
Kita menjadi sandaran pertiwi,
Bakal pemimpin kemudian hari,
Nama negara dijulang tinggi.

Walau di mana kita berada,
Bulatkan azam di dalam dada.
Berkorban kita harta dan jiwa,
Semoga negara ke puncak jaya.

Mutiara

Mutiara ialah sejenis permata yang berhaga. Berbeza daripada permata yang lain,mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi. Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai lapisan nipis yang dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara.
Mutiara berlikat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang tiram. Ada tiram yang menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti hitam,oren,merah jambu,krim atau putih. Mutiara jenis ini mahal harganya. Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara yang tinggi nilaainya. Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop,akan kelihatan lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua.
Selain warna,bentuk mutiara juga penting dalam menentukan kualiti mutiara.Mutiara yang bilat dan sama saiznya cantik dibuat kalung. Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar dijadikan barang kemas.
Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu.mutiara diternak dengan memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram terpilih gengan cara yang saintifik. Tiran-tiram itu kemudianya dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima tahun. Selapas itu,mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan mengkut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan tertentu.